About

Tak lengkap percutian jika kita tidak dapat akses Internet, sama ada untuk mendapatkan maklumat, mengetahui perkembangan semasa, mencari tempat-tempat menarik lain sekiranya terpaksa mengubah itinerary, atau untuk mendapatkan arah tuju.

Kadangkala tak perlu pun Internet, terutama jika kita melancong bersama tour group kerana kita ada ramai orang untuk bersembang dan bersosial. Bilik hotel yang anda dapat jika book pakej juga mungkin telah disediakan akses Wi-Fi.

Ianya sangat penting jika anda mengembara berseorangan, atau jika anda ke tempat yang baru pertama kali sampai tanpa mengikut pakej atau tour guide.