Melayari Internet Ketika Melancong

Pada masa kini, Internet mempunyai banyak kegunaan termasuk mendapatkan maklumat, berkomunikasi dengan orang lain, dan mengikuti perkembangan dunia semasa. Internet digunakan untuk perniagaan dan keseronokan. Ianya sangat penting sehinggakan ada sesetengah orang yang tidak boleh hidup tanpa Internet. Mereka mungkin menggunakan Internet untuk bekerja ataupun hanya sekadar mengisi masa lapang.

Kredit: DIgital Information World

Namun, bagi para pelancong, mempunyai akses Internet sebenarnya sangat penting lebih-lebih lagi apabila berada di tempat asing. Anda memerlukan Internet untuk mencari destinasi, buat plan secara langsung jika plan asal perlu diubah, mendapatkan maklumat, memeriksa email, berkongsi gambar di media sosial, membuat tempahan atau mengemaskini blog anda.

Walaupun peluang mengakses Internet tidak sama di seluruh negara, tetapi ada penyelesaiannya untuk sentiasa berhubung dengan Internet. Berikut adalah tips untuk terus berhubung dengan Internet semasa melancong ke luar negara.

Wi-Fi Hotspot Percuma

Wi-Fi percuma boleh diakses di tempat-tempat hotspot terutama di bandar. Bilangan hotspot Wi-Fi percuma ini juga semakin bertambah di kebanyakan negara maju dan membangun. Selalunya terdapat di tempat-tempat awam seperti stesen keretaapi, kafe, taman, restoran atau dalam bilik hotel.

Wi-Fi Hotspot Berbayar

Terdapat banyak juga hotspot-hotspot Wi-Fi yang anda perlu bayar untuk menggunakannya, terutama di hotel dan tapak perkhemahan. Ada beberapa tempat penginapan yang hanya menyediakan Wi-Fi percuma di kawasan utama  seperti di lobby, manakala untuk mengakses internet dari bilik hotel perlu membayar add-on.

Internet Café Atau Cyber Café

Internet Café di Korea. Kredit: Koreaboo
Bilik Persendirian Internet Café di Jepun. Kredit: J Passport

Bagaimana jika anda tidak mempunyai laptop atau berada di kawasan yang tiada Wi-Fi? CC! Walaupun mudah untuk jumpa CC, di sesetengah negara membangun kebanyakan orang sebenarnya sangat bergantung kepada CC untuk akses kepada internet. Sebagai contoh, Internet Café di Jepun mempunyai dinding yang mengasingkan setiap komputer, memberikan sebuah ruang privasi kepada pengguna yang ingin menggunakan servis mereka dalam jangka masa yang lama. Beri perhatian khusus kepada keselamatan maklumat anda; log keluar dari semua akaun apabila meninggalkan komputer tersebut.

Poket Wi-Fi

Kredit: eeasylifee.my

Sesuai jika mahu digunakan beramai-ramai. Ianya adalah peranti mudah alih yang bertindak sebagai hotspot yang boleh disambung kepada beberapa telefon atau laptop. Ia adalah pilihan yang bagus kerana saiznya yang kecil tetapi boleh digunakan oleh ramai orang yang berkongsi kos yang rendah. Poket Wi-Fi boleh dibeli atau disewa dari awal dan boleh diambil di lapangan terbang. Untuk pulangkan juga di lapangan terbang. Anda hanya perlu pilih destinasi percutian, pakej internet mana yang anda mahu dan berapa hari anda akan gunakannya di sana, kemudian membuat bayaran dan mengambilnya pada hari anda berlepas di lapangan terbang.

Ada beberapa tempat yang anda boleh dapatkan internet secara percuma seperti di hotel tempat anda menginap, tetapi kelajuannya mungkin berubah-ubah dan tidak stabil, jadi sukar untuk anda mendapatkan maklumat yang tepat sepeti Maps. Dengan adanya poket Wi-Fi  ini, semua orang dalam group anda boleh mengakses Internet walaupun anda bergerak.

Beli Sim Kad Di Negara Tersebut

Membeli sim kad di negara tersebut adalah penyelesaian yang paling mudah. Sampai sahaja di lapangan terbang di sana, anda akan jumpa pelbagai kedai menjual sim kad travel dan internet. Anda hanya perlu isi maklumat anda dan pilih berapa hari anda mahu menggunakannya. Ramai pelancong yang menggunakan kaedah ini kerana kadarnya yang rendah dan kelajuan internet yang anda dapat adalah sama dengan kebanyakan penduduk tempatan.

Data Roaming

Salah satu cara anda boleh menggunakan Internet tanpa menukar sim kad adalah dengan roaming. Data roaming membenarkan anda menggunakan Internet dari ISP anda sendiri dengan kadar yang lebih tinggi kerana berada di luar kawasan. Kelajuannya juga sama dengan kebanyakan penduduk tempatan. Pastikan juga destinasi yang anda tuju termasuk dalam coverage roaming yang ISP senaraikan. Ianya pilihan yang baik kerana anda tidak perlu membawa peranti berlebihan dan dapat akses internet yang laju.

Jika anda hanya menggunakan Internet untuk tujuan mencari arah tuju, anda boleh menyediakan senarai tempat-tempat menarik lain yang berdekatan dengan tempat dalam itinerary anda. Dan untuk mencari tempat-tempat tersebut, anda boleh muat turun map negara itu supaya anda boleh gunakannya dalam mod offline.

Navigation